Monday, October 7, 2013

BOLASEPAK VETERAN MSKPP TERENGGANU 2013

MARANG JUARA


MSKPP MARANG muncul juara bagi kategori veteran apabila mengalahkan juara bertahan MSKPP Hulu Terengganu 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang B, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu pada 6 Oktober 2013. Sebelum ke final MSKPP Vet Marang mengalahkan MSKPP Vet Besut menerusi sepakan penalti (4-3) setelah masa permainan berkesudahan 0-0.
Manakala MSKPP Hulu Terengganu mengalahkan MSKPP Vet Setiu 3-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

MSKPP Setiu pula muncul juara bagi kategori Senior setelah mengalahkan MSKPP Kemaman 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di padang sebelahan.

Keputusan Penuh melibatkan MSKPP Veteran Marang 2013

Kumpulan B
04.10.2013 
9.30 pg      Marang lwn KTU         (2-1)     Stewong, Ust Nordin
5.00 ptg     Marang lwn Dungun    (0-0)

05.10.2013 
9.30 pg      Marang lwn Setiu         (3-1)     Zakaria, Ayub, Hasim

Separuh akhir                 
5.00 ptg     Marang lwn Besut        (0-0) pen (4-3) Stewong, Ust Din, Rosli, Hj Aziz

Akhir
06.10.2013 
3.30 ptg     Marang lwn Hulu         (3-1)     Ust Nordin, Razak, Hasim

Tahun depan jumpa di Dungun....

Saturday, December 26, 2009

BOLA SEPAK MSKPP MALAYSIA KE 37/2009


PASUKAN bola sepak MSKPP Terengganu menerima tamparan hebat apabila tersingkir awal dalam pertandingan MSKPP Malaysia ke 37/2009 yang diadakan di Kota Kinabalu Sabah dari 19-23 Dis 2009. Selaku pasukan Naib juara pada edisi 2008 di Pulau Pinang bagi kedua-dua kategori Senior dan Veteran, pasukan campuran pada kali ini gagal layak ke pusingan ke 2 apabila tewas kedua-dua perlawanan dalam kumpulan iaitu 1-3 kepada Sabah dan 0-2 kepada Kedah.